0

s a h a b a t . . .

aku setia di sisimu tanpa jemu
saat kau memerlukan aku sentiasa bersamamu
saat kau dipinggirkan aku tak lekang menemanimu
saat kau berduka aku cuba menggembirakanmu
tapi aku tak pinta balasan
semuanya kulakukan dengan keikhlasan
untuk melihat kau bersama dengan kejayaan
agar hidupmu disinari kebahagiaan
biar hatimu diterangi cahaya keimanan
segalanya sanggup aku lakukan
cuma terkadang aku terkilan
saat dirimu diterima taulan
diriku ini kau sisihkan
ada yang lain yang lebih engkau endahkan
pedih hatiku tidak kau pedulikan
mungkinkah ini satu kesalahan?
kerna tidak mengenal erti kemarahan
bicaraku sentiasa dalam kelembutan
demi menjaga hatimu wahai teman
0

rintih hatiku

Ya Allah
aku pohon dariMu ketabahan
untuk melalui sebuah kehidupan
yang telah engkau aturkan
untuk hambaMu di bumi yang penuh kerahmatan
kadangkala hambaMu ini tewas
tewas dalam melawan hasutan dunia
yang membuatkan aku lemas
sehingga aku hilang upaya
untuk mencari cahayaMu semula
untuk menyinari hidupku yang gelap gelita
untuk mengubat hatiku yang diselubungi luka
mereka melihat aku ketawa
mereka melihat aku gembira
tetapi mereka tidak mengetahui isi hati dan jiwa
yang sering dirundung duka dan kecewa
kadangkala mengundang titisan mutiara
untuk menenggelamkan segala rasa
Ya Allah
engkau sahaja Pemeliharaku
dengarkan rintihan hambaMu ini
jangan Engkau biarkan aku sendiri...

nukilan
n a b i l a h a j i a l i
Siguiente Anterior Inicio

Monday, June 29, 2009

s a h a b a t . . .

aku setia di sisimu tanpa jemu
saat kau memerlukan aku sentiasa bersamamu
saat kau dipinggirkan aku tak lekang menemanimu
saat kau berduka aku cuba menggembirakanmu
tapi aku tak pinta balasan
semuanya kulakukan dengan keikhlasan
untuk melihat kau bersama dengan kejayaan
agar hidupmu disinari kebahagiaan
biar hatimu diterangi cahaya keimanan
segalanya sanggup aku lakukan
cuma terkadang aku terkilan
saat dirimu diterima taulan
diriku ini kau sisihkan
ada yang lain yang lebih engkau endahkan
pedih hatiku tidak kau pedulikan
mungkinkah ini satu kesalahan?
kerna tidak mengenal erti kemarahan
bicaraku sentiasa dalam kelembutan
demi menjaga hatimu wahai teman

rintih hatiku

Ya Allah
aku pohon dariMu ketabahan
untuk melalui sebuah kehidupan
yang telah engkau aturkan
untuk hambaMu di bumi yang penuh kerahmatan
kadangkala hambaMu ini tewas
tewas dalam melawan hasutan dunia
yang membuatkan aku lemas
sehingga aku hilang upaya
untuk mencari cahayaMu semula
untuk menyinari hidupku yang gelap gelita
untuk mengubat hatiku yang diselubungi luka
mereka melihat aku ketawa
mereka melihat aku gembira
tetapi mereka tidak mengetahui isi hati dan jiwa
yang sering dirundung duka dan kecewa
kadangkala mengundang titisan mutiara
untuk menenggelamkan segala rasa
Ya Allah
engkau sahaja Pemeliharaku
dengarkan rintihan hambaMu ini
jangan Engkau biarkan aku sendiri...

nukilan
n a b i l a h a j i a l i

Memorias

11.10.2010 tarikh apakah ini? hikhik tarikh yang amat bermakna pada diriku kerana pada tarikh ini...saye...die...ish malulah...ngeeee