ada yang gembira melihat kita bahagia
tapi ada yang tidak suka melihat kita senyum tertawa
lantas mereka cuba mencipta duka
melempar nestapa
melakar lara
supaya kebahagiaan meninggalkan kita dan kita ditemani derita
lantas apa yang patut kita lakukan sebagai seorang hamba?
|balas balik perbuatan mereka!!!|
tidak!!!
itu bukan ajaran agama
itu hasutan syaitan durjana
diam lebih baik kerana
ALLAH ITU ADA...