0

hati..

dalamnya ada bahagia
dalamnya ada derita
dalamnya ada seribu rahsia
terkadang lidah tak seperti kehendak maharaja
luka yang terpalit diselindungi senyuman penuh makna
terkadsang memendam itu ada kenikmatan
kenikmatan yang menyemai benih kekuatan
kekuatan yang meneguhkan hati seorang insan
namun insan tak lari dari kesilapan
terkadang dendam menguasai fikiran
seakan terdengar bisikan syaitan
namun dengan rahmat dan kasih Tuhan
akal kembali siuman
lantas bercambahlah benih keinsafan
kesalahan lalu takkan dibiar berulang
ujian bukan untuk melemahkan
tetapi meniup kekuatan agar terus berjuang
bangkit dari masa silam nan kelam
semoga perjuangan mendapat keberkatan
diiringi doa serta kemaafan
dari mereka yang pernak kulukakan
dari mereka yang pernah kukecewakan
ayah, ibu, adik dan rakan
di sini aku baru terjaga dari mimpi yang panjang
mimpi yang melalaikan insan yang bergelar hamba
berkat redhanya aku masih mampu terjaga
langkah kini hanya menuju jaya
tanpa menghiraukan yang harus diabaikan
berilah kasih sayangMu tuhan
pada hambaMu ini yang amat memerlukan
0

aku kehilanganmu...

sayangku...
itulah panggilan yang sering kuungkapkan padamu
kasihku tak kurang tiap waktu
namun aku keliru
megapa kurasakan kehilanganmu dalam keberadaanmu?
kurasakan sunyi yang mencengkam kalbu
sungguhpun jelas kedengaran hilai tawamu
kurasakan kau jauh berbatu-batu
sedang engkau berada di hadapanku
hancur hatiku bak kaca terhempas ke bumi
sesungguhnya aku menyayangimu
ya,aku menyayangimu sahabatku
tak perlu lagi kuungkapkan kata azimat itu
kau tahu itu
dunia tahu itu
demi sayang yang terbina dalam persahabatan ini
biarlah wujudnya kasih dan perhatianku padamu sekadar dalam ketiadaanku
jika hadirku mengundang deritamu
Siguiente Anterior Inicio

Wednesday, January 20, 2010

Tuesday, January 12, 2010

aku kehilanganmu...

sayangku...
itulah panggilan yang sering kuungkapkan padamu
kasihku tak kurang tiap waktu
namun aku keliru
megapa kurasakan kehilanganmu dalam keberadaanmu?
kurasakan sunyi yang mencengkam kalbu
sungguhpun jelas kedengaran hilai tawamu
kurasakan kau jauh berbatu-batu
sedang engkau berada di hadapanku
hancur hatiku bak kaca terhempas ke bumi
sesungguhnya aku menyayangimu
ya,aku menyayangimu sahabatku
tak perlu lagi kuungkapkan kata azimat itu
kau tahu itu
dunia tahu itu
demi sayang yang terbina dalam persahabatan ini
biarlah wujudnya kasih dan perhatianku padamu sekadar dalam ketiadaanku
jika hadirku mengundang deritamu

Memorias

11.10.2010 tarikh apakah ini? hikhik tarikh yang amat bermakna pada diriku kerana pada tarikh ini...saye...die...ish malulah...ngeeee