0

Ya atau Tidak

Ya...

dengan senyumanmu yg cantik, yg mengirimkan cinta dan mengutuskan kasih sayang bagi orang lain

Ya...

dengan tutur baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syariat dan menghapus semua rasa dengki

Ya...

dengan derma yang memnbahagiakan si miskin, menyenangkan orang kafir, mengenyangkan perut yang lapar

Ya...

dengan kesediaanmu duduk bersama Al-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar

Ya...

dengan banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa dan suka memperbaharui taubat

Ya...

dengan mendidik anak-anakmu dngan agama, mengajarkan sunnah Nabi dan memberi petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka

Ya...

dengan rasa malumu dan hijab(penutup aurat) yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu

Ya...

dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama dan menghormati norma-norma etika

Ya...

dengan berbuat baik kepada kedua orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga dan menyantuni anak yatim

Ya...

untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan

Tidak...

anda tidak akan menyia-nyiakan umurmu seperti senang membalas dendam dan berselisih tentang perkara yg tiada ada kebaikan di dalamnya

Tidak...

anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkannya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagiaan, tidur dan ketenangan anda

Tidak...

anda tidak akan mencari-cari kesalahan dan mengumpat orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri

Tidak...

anda tidak akan berperangai yg suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala kemahuan dan keinginannya

Tidak...anda tidak akan menyia-nyiakan waktu bersama orang yang menganggur dan membuang waktu untuk perkara yang sia-sia

Tidak...

anda tidak akan mengambil sikap tidak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin

Tidak...

anda tidak akan minum minuman yang haram, merokok dan segala sesuatu yang haram dan najis

Tidak...

anda tidak akan mengingat musibah yg telah berlalu, bencana yang sudah silam atau kekeliruan yg pernah dialami

Tidak...

anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaanya

Tidak...

anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yg haram dan perilaku yg dapat melupakan perkara-perkara ketaatan

~Jangan Bersedih-Jadilah Wanita yang Paling Bahagia~

0

Mawar

Mawar Pertama

Ingatlah, sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yg beristighfar, Maha Pemberi Taubat atas sesiapa sahaja yg bertaubat dan menerima orang yg kembali kepadanya.

Mawar Kedua

Kasihanilah orang yg lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yg memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga

Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat

Hapuslah air matamu dengan bersangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima

Jangan and mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yg akan mendapatkan segala yg diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan

Mawar Keenam

Jadilah seperti pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan apabila dibaling batu, ia membalas dengan kurmanya.

Mawar Ketujuh

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesediahn itu dapat mengambalikan kenangan di masa lau dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan.Maka dari itu mengapakah kau perlu bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihattan insya Allah.

Mawar Kesembilan

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yg pernah berbuat salah kepadamu.

Mawar Kesepuluh

Mandi, berwudhu', memakai wewangian dan bersiwak dengan teratur merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan atau kesempitan.

Melati

Melati Pertama

Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yg semerbak dan ranting-ranting yg segar.

Melati Kedua

Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahn mereka

Melati Ketiga

Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yg harus engkau takuti? Sebaliknya jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati Keempat

Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sifat yg terlalu cemburu itu ibarat api yg membara.

Melati Kelima

Jika anda tidak mempersiapkan hari sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam

Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh

Berilah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia paling bahagia.

Melati Kelapan

Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yg lebih indah dan cantik daripada sebuah taman.

Melati Kesembilan

Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yg mendengki sampai mati dan biarkan yg memusuhi terlupa.

Melati Kesepuluh

Kelazatan sesuatu yg haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan dan hukuman.

Perempuan Memang Tak Guna...

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya.. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini'Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik' 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. 'Penyakit dlm hati' adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstik sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita.. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik
0

keluarga atau harta?

suatu masa dahulu kupunya keluarga yg bahagia
tawa ceria sentiasa bersama
restu dariNya membawa cahaya

namun kini, tercipta sebuah sengketa
entah di mana salah dan silapnya
semuanya kini bermasam muka
tiada kata semanis bicara melainkan nista dan dusta menambah derita
kukira sudah kering kolam air mata

badai yang melanda bagaikan tiada noktahnya
semakin lama semakin bergelora
fitnah itu bagai tiada apa
diucap tanpa usul periksa

apa ini satu hukuman
hukuman atas satu kekhilafan
terlalu memandang pangkat dan kekayaan
hingga hilang perikemanusiaan

duhai bapa yg tercinta
anakmu merintih meronta-ronta
yg dipinta bukanlah harta
melainkan kasih seorang bapa
yg kini semakin sirna

duhai abang yg dikasihi
adikmu sedikit tidak berdengki
malah jauh di sudut hati
menadah tangan ke hadrat Ilahi
agar abang yg hilang bisa kembali
kembali seperti manusia hakiki

ya, harta itu kuasa
ya, harta bisa mengubah rasa
benci bisa bertukar cinta
bahagia bisa bertukar derita
kerna harta itu sifatnya sementara
bila-bila masa akan binasa

kenapa?
kenapa mengejar perkara yg binasa
kenapa harta dipilih menyisih keluarga
sedang kelak di masa tua
tiada yg lain selain keluarga
yg akan menjaga serta berdoa
akan kesejahteraanmu di alam sana

kalau saja bisa kaurenungkan bait-baitku ini
jika bisa kauselami derita hati ini
kupasti engkau mengerti
tiada yg lain yg kuiimpi
selain mengharapkan agar dikau kembali...
0

rintihan syahdu hamba yg merindu belas ihsanMu..

entah kenapa kali ni aku rse t'panggil utk m'coretkn ssuatu yg b'bntuk peribadi..sesuatu y mlanggar prinsip aku dlm mnulis sblm ini yg sering aku terjemahkn dalam puisi nukilanku saban waktu..namun kini, tika dinihari yg m'cengkam sanubari ini, kurasakan satu rasa yg perlahan2 menyelinap ke segenap tubuhku..aku terfikir soal kematian..aku terfikir tentang alam barzakh..dosa pahala yg telah kulakukan sepanjang jantungku berdegup..adakah aku manusia yg bergelar insan yg telah diamanahkan sebagai khalifah di muka bumi ini atau sekadar pelakon handalan yg berpura-pura suci merintis kehidupan sedang hati terpalit seribu satu daki kotoran noda dalam dada???Ya Allah sungguh aku bukan insan yg beriman yg dijanjikan syurga seperti mujahidin dan mujahidat yg memperjuangkan agamamu..layakkah aku mengaku aku mentaatimu sedangkan diriku sering berbuat dosa kepada manusia, alam dan tentunya terhadapMu Ya Rabbi..kusedari aku bukan anak solehah yg akur dgn smua kehendak ibu bapa..saban hari ada sahaja kata-kata mahupun tindakanku yg bakal m'guris hati ibu bapaku..sungguh aku membenci diri ini kerana gagal memelihara hati serta lisanku dari melukai hati insan yg bergadai nyawa semata-mata demi melihat kebahagiaanku terbina..sungguh aku benci dengan keangkuhanku yg sering mendebatkan perkara remeh meski nyatanya aku tidak perlu melakukan itu..sungguh aku sedari apa yg kulakukan itu berdosa dan bakal menjauhkan aku dari syurgaMu Ya Allah..tapi mengapa sukar bagiku meninggalkan dosa itu?mengapa aku terlalu lemah sehingga tanpa sedar aku mengikut telunjuk iblis sehingga tega aku 'membunuh' kebahagiaan mereka yg sangat menyintaiku???Ya Allah yg Maha Penyayang..saban hari aku menadah tangan memphon agar aku tergolong dlm golongan anak yg solehah?tp apa yg kulakukn sama sekali bertentangan dengan itu..aku insan penuh noda dan dosa..seringkali air mataku menitis tatkala teringat dosa-dosa itu..tapi mengapakah payah bagiku tk meninggalkannya???mengapakh sukar utkku melafazkan syg kpd mama dan ayah sdgkn mudah bgku mengungkapkannya kepada mereka yg lain..kutahu betapa rindunya mama dan ayah utk m'dengar ungkapan itu..tapi lidahku seringkali kelu utk melafazkan kalimat keramat itu..aku cemburu Ya Allah..melihat anak2 lain begitu mesra dan akrab bersama org tua mereka..mengapa tidak aku memiliki kekuatan sedemikian???sedangkan hati ini m'buak-buak ingin melafazkan bait itu..bait yg bisa m'bahagiakn mereka yg m'dengar..dugaan dan ujian yg Kaudatangkan kpd kami kali ini benar-benar m'uji ktbhn dan kewarasan akal kami Ya Allah..kupohon engkau terus limpahi kekuatanMu kepapa mama, ayah, mak, adik, diriku serta seluruh keluargaku agar bisa kami meninggalkan kemelut yg menyeksa ini Ya Allah..tak sanggup kulihat garis-garis duka di wajah insan yg kucinta..redhakanlah aku atas ketentuanMu Ya Allah..barangkali sesuatu yg kucinta mendatangkan mudarat kepadaku dan barangkali sesuatu yang kubenci adalah yg terbaik buatku..ssgghnya Engkau Maha Mengetahui sedangkan kami tidak Ya Allah..
dgrkanlah keluhan, rintihan, rayuan dan dambaan hambaMu yg hina penuh noda ini..ssgghnya hanya padaMu aku memohon maka perkenankanlah hasrat hatiku
amin amin ya Rabbal 'Alamin...
Siguiente Anterior Inicio

Thursday, August 19, 2010

Monday, August 16, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Monday, August 2, 2010

Memorias

11.10.2010 tarikh apakah ini? hikhik tarikh yang amat bermakna pada diriku kerana pada tarikh ini...saye...die...ish malulah...ngeeee